Sunday 21 August 2011

ingin mula bina badan.

Mulakan dengan diet yang baik. Tak guna jika kita berlatih hari-hari tetapi lemak masih tebal walaupun nampak besar. Mulakan dengan makanan rendah lemak, protein tinggi, karbohidrat seperti spagetti, pasta, buah-buahan, sayuran. Tambah kekerapan makan. Kalau biasa makan 3 kali sehari. Tukar ke 6 kali sehari. Elakkan gula, garam, alkohol, makanan segera dan lain-lain yang tidak sihat. Tidak perlu terus elak, kurangkan sedikit demi sedikit. Masuk laman Pelan Pemakanan.

Dapatkan ilmu daripada jurulatih berkelayakan, bukan kawan-kawan yang baru main 3 hari. Pelajari bagaimana melakukan setiap latihan dengan betul dan meminimumkan risiko kecederaan. Jangan dengar nasihat pelik-pelik untuk ambil dadah sukan dan sebagainya. Saya sering lihat mereka yang baru mula 2 minggu dah mula bertanya pasal steroid.
Dapatkan rehat yang cukup sekitar 6-8 jam sehari. Badan membesar atau dapat hasilnya ketika rehat dan bukan ketika latihan. Jadi tidak perlulah buat latihan sehingga 5 jam sehari dengan harapan untuk dapatkan hasil cepat. Ikut sistem latihan yang betul dan dapatkan kehidupan lain di luar. Masuk laman Tikus Gym.
Jika boleh simpan log latihan. Tuliskan berapa banyak set dan ulangan serta beban yang diangkat setiap kali latihan. Juga rekodkan berapa lama latihan kardio dengan intensiti. Rekodkan juga pemakanan harian. Tujuan menyimpan rekod untuk memastikan berada dalam landasan yang betul. Masuk laman Orang Baru.

minum yang perlu di minum

Air yang sesuai diminum ketika latihan adalah air sejuk 2-4 darjah selsius. Kenapa? Kadar mengosongkan perut untuk air bersuhu rendah adalah lebih tinggi berbanding air panas. Air diserap di usus bukan di perut. Pernah tak berlatih selepas minum air suam, merasakan air bergoncang-goncang di perut? Dalam latihan, kita mengeluarkan banyak air dan perlu digantikan segera. Air sejuk dan bukan air ais. Bagi yang menyasarkan bakar lemak, elakkan air bergula termasuk isotonik ketika latihan jika tidak perlu.Sebelum memulakan pertambahan makanan tambahan dalam diet, pastikan diet harian cantik. Diet yang merapu jika dicampur dengan penggunaan makanan tambahan mungkin tidak mendatangkan hasil atau sedikit sahaja hasil. Tiada pil ajaib di dunia ini untuk membina badan. Makanan tambahan hanya tambahan dalam diet harian, bukan kemestian. Saya akan cuba menghuraikan serba sedikit tentang makanan tambahan, adakah ianya berkesan atau semata-mata gimik sahaja? Buat sementara sila rujuk laman Makanan Tambahan Bina Badan.

masalah otot kembali kendur!!!!!!!

Latihan bebanan menyebabkan serat otot menjadi ketat demi melakukan kerja mengangkat bebanan disertai penumpuan darah menyebabkan otot nampak membesar ketika latihan. Selepas melakukan kerja, serat otot akan kembali menjadi kendur. Membina otot mengambil masa. Untuk yang baru sekurang-kurangnya 6 minggu untuk nampak hasil yang baik. Antara cara untuk membantu pembesaran cepat adalah melakukan regangan pada otot bekerja selepas latihan bagi membolehkan penyaluran darah lancar untuk memberi nutrien diperlukan otot akibat latihan bebanan.

Monday 15 August 2011

ahli bina badan melacur di facebook(sensasi terkini)hot!!!!!!!!

MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Bekas juara bina badan Kanada kategori wanita, Rhonda Lee Quaresma (gambar) ditahan polis berhubung dakwaan dia melacurkan dirinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Quaresma, 42, ditahan selepas polis negeri Florida melancarkan siasatan mengenai sejumlah pelacur yang menggunakan Internet bagi mengiklankan perkhidmatan mereka.

Wanita itu dicekup selepas dia didakwa menawarkan habuan seks kepada seorang anggota polis berpakaian awam sebagai tukaran untuk 'derma' sebanyak AS$275 sejam (RM850) .

Dalam laman web bina badan miliknya, wanita itu menggambarkan dirinya sebagai 'sasa, meminati muzik dan lemah lembut', selain mampu mengangkat berat hampir 150 kilogram.

Dia didakwa kerana melacur sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Pemerdagangan manusia termasuk aktiviti pelacuran diharamkan di negeri Florida. - Agensi

ahli bina badan jadi pondan(sensasi terkini)


Di Britain, seorang bekas ahli bina badan lelaki, Chrisie Edkins kini bergelar model glamor selepas dia menukar identitinya menjadi seorang wanita. Edkins, 31, ditawarkan banyak kontrak peragaan yang menyaksikannya beraksi sebagai model wanita malah dia juga menceburi bidang nyanyian.

Lelaki tersebut yang memiliki seorang anak perempuan berusia sembilan tahun, Chloe, hidup sebagai seorang wanita selama bertahun-tahun sebelum dia tampil secara terbuka dengan identiti barunya itu pada tahun 2003.

Edkins yang dahulunya dikenali dengan nama lelaki, Chris pernah bekerja sebagai seorang mekanik dan juruelektrik dengan tujuan untuk membuktikan kepada dirinya bahawa dia ialah seorang lelaki 'sejati'. Namun, dia kemudian memutuskan untuk akur kepada naluri kewanitaan yang kuat dalam dirinya.

Edkins kemudian menjalani terapi hormon dan pelbagai rawatan kosmetik termasuk rawatan membesarkan payu dara untuk tampil sebagai seorang wanita yang cantik. Dia mengubah profil diri di Facebook kepada wanita pada tahun 2003

membentuk lengan dengan pumping

 Apakah yang dimaksudkan dengan Pumping?????
Ketika otot lengan anda digunakan untuk mengangkat beban dengan sejumlah beban, darah akan mula mengalir banyak ke otot anda. Semakin intensif anda berlatih maka aliran darah akan mengalir semakin banyak ke otot lengan anda hingga anda boleh rasa otot anda agak keras dan akan meletup bila – bila masa. hehe!
Tapi sebenarnya itu hanyalah  perasaan anda saja. ahaha.  Tujuan dari aliran darah tersebut adalah untuk menyingkirkan racun-racun yang terbentuk dari kepenatan dan menampung lebih banyak tenaga dan oksigen. Jika anda boleh merasai kesan sebegini, maka inilah yang disebut pumping dan itu merupakan salah satu tanda bahawa anda sudah berlatih dengan optimal pada otot lengan anda......

cara mudah membina badan

  1. Gym Training
    Cara ini antara latihan yang paling sukar. Di samping mengeluarkan duit yang banyak, kita harus juga melatih badan dengan perbagai alat berat yang pastinya membuatkan badan kita menjadi seperti badan atlet.
  1. Sit Up Training
    Cara ini agak mudah kerana kita hanya perlu melakukan latihan sit up setiap hari. Minimum 20 kali sehari akan membantu melatih otot perut dan membentuk perut menjadi six pack dengan cepat.
  1. Push Up Training
    Selain Sit Up, lakukan juga push up setiap hari di rumah dan minimum 20 kali sehari untuk melatih otot lengan dan juga otot perut.
  1. Minum Susu
    Rajin-rajinlah minum susu setiap hari, minimum 2 kali sehari. Namun untuk membantu kita mendapatkan badan seperti atlet dan tentunya six pack, anda perlu kerap mengambil susu dan juga protein supaya badan terbentuk dengan lebih mantap.

Friday 5 August 2011

Sazali Samad


Sazali Samad ialah seorang ahli bina badan Malaysia.
Sazali dilahirkan di Batu PahatJohor Darul Takzim. Sazali Samad yang sudah berkahwin banyak melakukan senaman angkat besi di pusat latihan bina badan Polis Diraja Malaysia PDRM di Bukit AmanKuala Lumpur dan juga di gimnasium di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Sazali Samad juga merupakan salah seorang ahli bina badan Malaysia. Sazali telah berkecimpung dengan sukan bina badan ini sejak dia berusia 25 tahun. Sazali Samad telah berjaya mewakili Malaysia dalam Sukan Asia 2006 di DohaQatar