Monday 5 September 2011

SEJARAH BINA BADAN

SEJARAH BINA BADAN

Pada zaman dahulu, Seni Bina Badan adalah MISTERI.....hanya mereka yang mempunyai kekuatan semulajadi mampu menceburi bidang ini. Peralatan latihan hanyalah terdiri dari besi-besi yang berat dan besar, tiada unsur sains yang digunapakai semasa latihan mahupun pemakanan.




Pada awal abad ke 20, peralatan latihan yang terdiri dari kepinggan beban yang boleh diselaras diperkenalkan di Amerika dan buat kali pertama semua golongan lelaki dan wanita boleh menyertai aktiviti angkat berat. Binaan alat-alat ini telah ditambahbaikan dengan drastik sekali sehingga aktiviti angkat berat menjadi popular tetapi teknik latihan ketika itu masih lagi merujuk kepada cara-cara orang Eropah pada kurun ke 19.

Tiada kajian dibuat bagi memajukan aktiviti angkat berat kerana ada pendapat yang mengatakan ia adalah merbahaya walaubagaimanapun impian dan keinginan untuk memiliki badan yang LEBIH kuat, besar, sihat dan bergaya telah menyebabkan Seni Bina Badan terus hidup dikalangan pencintanya ketika itu.

 
Pada hari ini, dengan ada pelbagai peralatan gimnezium moden dan canggih ditambah pula kajian dan penemuan cara latihan dan pemakanan yang saintifik telah membuktikan latihan angkat berat adalah yang terbaik bagi membina badan yang LEBIH kuat, sihat dan bergaya berbanding aktiviti sukan lain. Ini telah menjadikan sukan bina badan semakin popular di segenap lapisan masyarakat.

No comments:

Post a Comment