Monday, 5 September 2011

kesalahan teknik bina badan

Pernafasan
Cara pernafasan yang tidak betul. Semasa menarik nafas atau menghembus nafas pada kedudukan yang tidak sepatutnya atau menahan nafas juga tidak di galakkan.
Kedudukan
Kedudukan badan dalam keadaan berbaring dan berdiri yang tidak betul semasa latihan. Badan melengkung adalah tidak dibenarkan semasa melakukan latihan. Ini akan menjejaskan tulang belakang dan pinggang anda.
Penumpuan
Memberi tumpuan pada bahagian lain badan semasa latihan. Tumpuan sepenuhnya pada bahagian yang terlibat misalnya latihan bagi biceps pastikan hanya pada bahagian biceps. Elakkan daripada terlampau banyak bercakap ini menyebabkan hilangnya tumpuan.
Penipuan
Menggunakan anggota badan lain bagi mengangkat bebanan tersebut. Atau menggunakan momentum hayunan pada bebanan untuk mengangkat.

OAT DAN BUAH-BUAHAN SEGAR...SARAPAN SIHAT DAN BERKHASIAT

Masak 3 sudu oat dengan 2 cawan air, lebih kurang 5 minit, oat akan kembang dan cukup masak. Sendukan oat ke dalam mangkok dan biarkan 5 minit supaya panasnya kurang sedikit. Potong dadu sebiji buah apel hijau atau strawberry atau pisang dan taburkan atas oat tadi, kalau nak tambah kekacang seperti badam atau nak taburkan kismis untuk tambah rasa pun boleh juga....makan sarapan anda perlahan-lahan sambil menikmati suasana indah pagi minggu atau untuk hari bekerja sarapan ini juga sesuai kerana ia cepat di sediakan...ingat!! lepas tu jangan pula minum teh tarik, minumlah teh O atau kopi O kurang manis, amalkanlah bersarapan secara sihat dah segar agar hari anda lebih ceria dan

SEJARAH BINA BADAN

SEJARAH BINA BADAN

Pada zaman dahulu, Seni Bina Badan adalah MISTERI.....hanya mereka yang mempunyai kekuatan semulajadi mampu menceburi bidang ini. Peralatan latihan hanyalah terdiri dari besi-besi yang berat dan besar, tiada unsur sains yang digunapakai semasa latihan mahupun pemakanan.




Pada awal abad ke 20, peralatan latihan yang terdiri dari kepinggan beban yang boleh diselaras diperkenalkan di Amerika dan buat kali pertama semua golongan lelaki dan wanita boleh menyertai aktiviti angkat berat. Binaan alat-alat ini telah ditambahbaikan dengan drastik sekali sehingga aktiviti angkat berat menjadi popular tetapi teknik latihan ketika itu masih lagi merujuk kepada cara-cara orang Eropah pada kurun ke 19.

Tiada kajian dibuat bagi memajukan aktiviti angkat berat kerana ada pendapat yang mengatakan ia adalah merbahaya walaubagaimanapun impian dan keinginan untuk memiliki badan yang LEBIH kuat, besar, sihat dan bergaya telah menyebabkan Seni Bina Badan terus hidup dikalangan pencintanya ketika itu.

 
Pada hari ini, dengan ada pelbagai peralatan gimnezium moden dan canggih ditambah pula kajian dan penemuan cara latihan dan pemakanan yang saintifik telah membuktikan latihan angkat berat adalah yang terbaik bagi membina badan yang LEBIH kuat, sihat dan bergaya berbanding aktiviti sukan lain. Ini telah menjadikan sukan bina badan semakin popular di segenap lapisan masyarakat.