Sunday, 21 August 2011
minum yang perlu di minum
Air yang sesuai diminum ketika latihan adalah air sejuk 2-4 darjah selsius. Kenapa? Kadar mengosongkan perut untuk air bersuhu rendah adalah lebih tinggi berbanding air panas. Air diserap di usus bukan di perut. Pernah tak berlatih selepas minum air suam, merasakan air bergoncang-goncang di perut? Dalam latihan, kita mengeluarkan banyak air dan perlu digantikan segera. Air sejuk dan bukan air ais. Bagi yang menyasarkan bakar lemak, elakkan air bergula termasuk isotonik ketika latihan jika tidak perlu.Sebelum memulakan pertambahan makanan tambahan dalam diet, pastikan diet harian cantik. Diet yang merapu jika dicampur dengan penggunaan makanan tambahan mungkin tidak mendatangkan hasil atau sedikit sahaja hasil. Tiada pil ajaib di dunia ini untuk membina badan. Makanan tambahan hanya tambahan dalam diet harian, bukan kemestian. Saya akan cuba menghuraikan serba sedikit tentang makanan tambahan, adakah ianya berkesan atau semata-mata gimik sahaja? Buat sementara sila rujuk laman Makanan Tambahan Bina Badan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment